Friday, February 19, 2010

Permulaan Diet

Ini adalah pengalaman che mah sendiri sewaktu berdiet......Dr. nasihatkan che mah diet sebab dah masuk ke tahap obese......nanti penyakit yang berangkai-rangkai tu datang pulak.....Che mah nak mengajak sesiapa sahaja yang ingin berdiet untuk cuba berdiet gaya Che Mah...berpandukan bacaan dan nasihat dr. che mah mulakan diet......selepas 3 bulan che mah berjaya mengurangkan 19KG.......woih 19 kg tu budak umur 4-5 tahun punya berat tuh.......apa yang che mah buat.......nah ni nak kongsi bersama semua........

Che mah mulanya surf internet taip lah resepi diet kat situ tapi ntah apa-apa ntah....sama ada kena bayar ataupun kiraan kalori ajeer....kita ni kalau depan makanan mana nak kira kalori senang cakap jer tak leh makan abis cerita tul tak.....sebab frust...che mah beli buku, baca semua tentang diet dan mulakan program diet che mah sendiri.....dan nasihat dr. itu sudah pasti......

Harapan che mah supaya blog ni dapat membantu sesiapa yang ingin berdiet terutama untuk kesihatan bukan untuk kecantikan sebab kalau kita nak cantik kita nak hasil cepat tu yang semangat cepat luntur tuh...kalau kita nak sihat fikiran kita akan berusaha untuk sihat..yang penting kita rasa badan ringan, fit dan boleh melakukan aktiviti tanpa rasa penat dan sebagainya......

Wei banyaknya celoteh chemah ni bukan apa...hanya intro jer... nah che mah berikan menu minggu pertama chemah



Minggu pertama :
Sarapan : Oat 5 sudu dengan pisang dicincang dengan 1/2 sudu teh madu

Tengah hari : Ambil nasi dengan ulaman sahaja, nasi tu 1/2 senduk ajer
letaklah sikit kuah sayur.....(kalau che mah kosong camtu
jer...takutlah korang tak mampu lak nak ikut)

Malam : Sop Sayur

Kalau rasa lapar makan buah-buahan seperti epal, betik atau lain-lain
atau biskut banyak serat......

Minuman : Air masak atau susu tanpa lemak

Bersenam jangan lupa ya....untuk mulakan bersenam setelah lama tak bersenam cukuplah 15 minit...tapi che mah dulu excited sangat 1 jam lepas tu badan mula sakit-sakit...patutnya mulakan 15 minit pada hari pertama dan tambah pada hari berikutnya hinggalah 1/2 atau 1 jam bagi minggu pertama

Aktiviti apa untuk bersenam : jalan ajer....murah mudah dan free.....jalan cepat di taman ke kawasan perumahan ke.......

cuba ya minggu ni minggu depan chemah berikan pula resepi lain

oh hari ni che mah berikan resepi sop sayur diet ala che mah k


Bahan-bahan:
A
1 sudu minyak jagung
100gm ayam tanpa kulit (bagus kalau bahagian dada) potong kecil
1 biji bawang besar- dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/4 cm halia - dikisar
B

sayur-sayuran seperti sawi, lobak merah, jagung muda, celery, tomato, kobis
bunga dan cili merah (potong ikut suka k)
2 gelas air mentah


Cara-cara:

Panaskan minyak. tumiskan bahan kisar biar garing masukkan ayam tadi dan biarkan ayam masak masukkan air..tunggu hingga mendidih...setelah mendidih masukkan garan 1/2 sudu kecil sahaja...(kalau che mah memang tak letak garam sebab nak kawal semua...garam,gula dan lemak) masukkan sayur yang lambat masak seperti lobak,celery, jagung muda dah lembut sikit masukkan yang lain...dah siap...menu diet yang enak.....


Dari pengalaman che mah lah minggu pertama memang sukar sebab kita kena ajar badan kurangkan semuanya...kekadang macam nak menangis juga tapi sebab kesihatan.....che mah selalu bayangkan sedapppp sangat makanan diet nih.......petua tau.....

K. jumpa next week.....yang pasti moto kita diet untuk kesihatan bukan kecantikan...;)









No comments:

Post a Comment